
Sape menang..? Anwar digambarkan seorang yg cukup berpengaruh kerana sejarah politiknya dulu. Manakala Pak Lah pulak seorang yang juga berpengaruh ketika ini dengan statusnya sebagai orang no 1 Malaysia.
Bukan menunding jari,ataupun menyebelahi sesiapa. Sbagai rakyat biasa aku terpanggil menyatakan pandangan…mengapa ketika zaman Mahathir @ CEK DET dulu cukup hebat…selama 20 tahun pmerintahan beliau cukup baik, jgn bicarakan pasal pembangunan lihatklah sendiri apa yang di buat oleh beliau ketika itu, jgn sentuh soal ekonomi, lihatlah sekarang kita setanding dengan Negara membangun lain..
Bukan nak sanjung-sanjung Tun, tapi nak bandingkan dengan dua org tokoh politik ni..Pak Lah baru memerintah..Anwar pula baru nak cuba2 memerintah…3 situasi yang berbeza. Agaknya apa akan jadi.jika Tun bersara ketika zaman kemuncak beliau, bagaimana pula dengan dua orang tokoh politik ini. Adakah kita bakal melihat kejatuhan Pak lah atau adakah kita akan melihat kegagalan Anwar membentuk kerajaan 16 sept ini..? satu kemungkinan yang berlaku..
Bagi aku daripada membicarkan tentang tokoh-tokoh politik ini, terdetik di hatiku apalah nasib rakyat Malaysia terutamanya orang melayu kita…di mana kita? Apa peluang yang kita ada.? Alangkah hebatnya jikalau UMNO,PAS,PKR,AKIM dan parti bebas melayu yang lain dapat bersatu hati…kita cukup kuat, hebat, Berjaya. Tapi kenapa ini semua ini tidak terjadi..? aku cukup hairan…kenapa hanya tidak sebulu,tidak sekepala,lain-lain prinsip, what ever laaa kita megenepikan peluang kita orang islam dan melayu. islam mahukan umat yang kuat,hebat kalau kta berpecah jangan harap untuk mencapai itu semua.
Ok cuba kita lihat, UMNO memperjuangkan parti orang melayu, hebat……., tu lah yang kita mahukan pembela nasib bangsa.
PAS pula memperjuangkan Islam, Allahamdullilah masih ada parti seumpama ini yang memperjuangkan semangat islam bawaan junjugan Rasulullah S.W.T, itu yang juga kita mahukan, kerana itu tuntutan agama kita, dan akhir sekali perjuangan parti PKR yang memperjuangkan nasib rakyat, itu yang kita mahukan dalam kehidupan sebagai sebuah Negara yang majmuk,pelbagi kaum,dan agama, sekurang-kurangnya keadilan amat penting dalam kehidupan sebegini.
Lihatlah campuran ini…! Melayu, Islam, Keadilan rasanya cukup perisanya utuk membentuk satu parti yang cukup gah,hebat,masyur,dan kuat. Jika kesemua ahli-ahli digabungjan dalam satu parti perikatan seperti ini aku jamin,wahai rakyat Malaysia jangan kamu bimbang tentang nasib kamu semua. Bukan maksudku untuk mengenepikan bangsa lain seperti cina dan india mahupun kaum2 lain yang terdapat dalam Negara ini. Tapi itulah hakikatnya.
Aku menyeru kepada orang melayu bangkit lah kamu memperjuangkan hak kamu. Jangan layu dengan zaman yang melalaikan ini.


No comments:
Post a Comment