Trip ke p.pinang…
Salam kepada semua kawan-kawanku yang setia…allhamdulillah..2,3 hari lepas aku berpeluang meluangkan masa ke Pulau Pinang setelah hampir 3 tahun aku meninggalkanya…
Kadang-kadang sukar aku nak melupakan zaman-zaman gila remaja ketika berada di pulau pinang dulu..kalau dulu usm terkenal dengan filem Ali Setan.., Tapi zaman telah berubah..,tiba pula entah zaman apa nak aku katakan…ermmmm yang pastinya aku ketika itu tengah mencari identity diri sendiri yang agak kabur…,hahaha macam-macam perkara yang bermain difikiran kalau teringatkan zaman di P.Pinang…
Tapi baru-baru ni ketika aku di pulau pinang banyak perkara yang telah berubah..antaranya memang bakyak struktur bangunan naik seperti cendawan tumbuh selapas hujan…aduhai pening jugak aku kehulu-kehilir…kalau dulu boleh katakana kacang je jalan-jalan kat penang ni..tapi dah lama tinggal..,haha…
Hari pertama turun je bas aku terus ke kedai Pelita mamat berhampiran usm tu..duk relaks ngan pak sedara aku sambil air teh tarik sebagai hidangan…tut..tut..lalu satu group budak laki-laki..dr pakaian mcm student.,dan terus duduk berhampiran meja sebelah..haha tiba2 aku tringkat perkara yan sama aku lakukan ketika dulu..masakan aku lupa dah pukul 3,4,5 pagi masih lagi duk kat kedai mamat hentam roti canai sambil tengok bola…ahahahahaha
Tapi aku pi penang taklah lama,Cuma pergi menyelesaikan satu masalah yang menduga masa depanku..insyallah..aku berniat mahu kembali lagi ke pulau pinang jika umurku masih panjang…insyallah…

No comments:
Post a Comment