Syaril Sayang Kamu

My photo
MARANG, TERENGGANU, Malaysia
SIMPLE... SUKA BENDA2 YG KLAKAR... NAK BABY...haha RAMAI KWN2... SUKA SEMUA JNIS SUKAN... suka memancing gak.. bab mkn semua bedal..

Sunday, 27 March 2011

32 Perkara Rahsia Israel

1. Selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir keluar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel mesti guna kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat international khususnya barat dan AS sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Israel? Mereka akui itu.

5. Israel mengkhaskan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membahagikan 15% bakinya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memiliki 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara hanya15% kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. AS memperuntukkan 5 juta US$ dari hasil cukainya setiap tahun untuk menyumbang kapada Israel?

7. AS terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 juta US$ setiap tahun? Jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan AS kepada seluruh negara di benua benua Afrika?

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 juta US$ dari AS terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Kerana AS merupakan Negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua keutamaan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Pemerintah AS telah menekan Konggres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Juga menolak Kumpulan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Israel sudah memiliki kilang mengembangankan senjata nuklear?

12. Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Israel telah meledakkan tempat kediaman Diplomat AS dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan international pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera AS dan mencederakan 177 lainnya, tetapi AS sama sekali tidak mengambil apapun tindakan balas terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah resolusi. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh AS?

15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik pemuliharaan terhadap identiti yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter? Bahkan pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh tampal keterangan peluang kerja dengan perkataan: “peluang kerja hanya untuk kaum yahudi sahaja”, “dikehendaki seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”?

19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media AS untuk mewujudkan imej positif Israel kepada masyarakat AS dan Eropah?

20. Sharon pernah mengajak Parti Radikal Molodeit untuk menjadi tunjang utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi asas untuk membersihkan Israel dari bukan bangsa yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pendukung Parti Syas (partai terbesar ketiga di Israel) menyokong tindakan tentera Israel untuk menghapuskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

Iaitu, “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabis dan menghancurkan tanahnya, serta Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Sebab itu dilarang semua bangsa yahudi untuk menyimpan rasa kasih sayang kepada warga Arab. Serta wajib bagi setiap yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada atau kepala setiap warga Arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk..”

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin adalah terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahwa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin Muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan dalam proses perbicaraan, tetapi Shinbet (Badan Perisik Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses perbicaraan.

26. Tahukah bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosak seluruh sarana dan prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini dapat dilihat dari jumlah peratusan penduduknya.

27. Setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang Hak Asasi Manusia international yang diterbitkan pada10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalangi dengan tandatangan kesepatakan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan menjangkakan?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembaki rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan adalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelarian?

31. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara perkauman dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau pimpin?

Wednesday, 23 March 2011

Selamatkan Malaysia

YaAllah yg tuhanku selamatkan Malaysiaku ini..moga-moga hamba-hambamu yang berada di bumi bertuah ini sentiasa berada dibawah perlindungan,keredhaan,& kesejahteraan mu.

Tuan-tuan sekalian setiap perkara yang baik kita hendaklah menerimanya dengan hati yang sentiasa bersyukur dengan Allah & perkara yang murka itu hendaklah kita jauhi sejauhnya dari diri kita agar kita selamat dari kemurkaan Allah S.W.T, jaganlah kita menjadi seorang yang kufur dengan nikmatnya.

Aku memohon kepada rakyat Malaysia amnya..supaya menjauhi sebarang bunga-bunga fitnah yang semakin berleluasa di Malaysia sekarang. salah satu petanda kiamat akan tiba adalah berleluasanya fitnah. namun mahu tak mahu kita sebagai ummat islam disebuah negara yang betuah ini perlu bijak memilih perkara yang baik untuk dijadikan tauladan. sebagai ummat yang dianggap profesional perkara-perkara berunsur fitnah itu perlu diselidiki kebenarannya agar ianya tidak memakan diri kita.

Aku ingin mengajak saudara-saudari sekalian bersama-sama berfikir bagaimana kita perlu bersepakat menjauhi perkara-perkara yang terlaknat ini.. kita sedia maklum pelbagai perkara-perkara yang melanda negara kita pada hari ini masih tergantung kebenaranya. kadang-kadang sesuatu perkara itu mengelirukan rakyat...

sebagai contohnya., ramai orang yang dianggap ulama-ulama oleh para pengikutnya telah mengeluarkan pelbagai fatwa-fatwa yang bagi diriku amat mengelirukan. dan kita sebagai ummat yang bijak harus menilai fatwa-fatwa tersebut dengan memperbanyakkan rujukan dengan ulama-ulama atau ilmuan islam yang lain agar ianya tidak terkeluar dari landasan hukum agama.

ramai pemimpin yang mengidamkan kuasa pula menggunakan unsur-unsur fitnah untuk mempengaruhi orang lain agar menyokong diri mereka sebagai umpan untuk mengelirukan rakyat.

Kita sebagai rakyat sedia maklum negara kita mempunyai undang-undang yang termaktub didalam perlembagaan disamping pegangan kita terhadap Al-quran & Sunnah Rasulullah.

sehubungan dengan itu seharusnya kita menyerahkan segala perkara yang masih lagi tergantung atau sedang dibicarakan di makhamah contohnya disahihkan menlalui pengadilan. sehubungan dengan itu uga sebagai rakyat yang berpegang teguh kepada agama islam kita seharusnya merujuk setiap perkara itu berlandaskan agama.

Tuesday, 22 March 2011

Keegoaan SuperLin Dan Akhirnya Tersungkur Di Raket Super Lee Chong wei

Salam sukan untuk semua..,

Bila difikirkan kembali peristiwa di England baru-baru ni adalah satu kejutan untuk rakyat malaysia...apakan tidak bukan tugas yang sukar bagi seorang pemain badminton tempatan untuk mengalahkan jagoan dunia seperti Lin Dan..,

Lin Dan sentiasa bermain psikologi ketika menentang L.C.Wei...walaupun chong wei merupakan pemain No 1 dunia..namun kita harus ingat bahawa lin dan merupakan sorang pemain yang cukup sempurna dalam dunia badminton...lindan merupakan seorang pemain yang cukup memilih dalam kejohanan yang disertainya..beliau hanya memilih kejohanan yang menawarkan jumlah ganjaran yang cukup lumayan dan sentiasa mengimpikan untuk mengalahkan jaguh-jaguh dunia..,beliau juga langsung tidak menghiraukan status ranking beliau..malahan sanggup tidak bermain untuk menumpukan kejohanan-kejohanan tertentu sahaja. Dan beliau juga merupakan seorang yang suka mengusik l.c.wei..ingatkah anda ketika separuh akhir piala thomas di malaysia dahulu..bagaimana keegoaan beliau ketika menewaskan l.c.wei..?

namun kini akhirnya beliau tewas dikaki l.c.wei dan setelah berakhirnya kejohanan All England baru-baru ini satu riak wajah yang sukar dilihat pada lin dan..beliau kelihatan agak kecewa dan tidak berpuas hati terhadap kekalahan beliau kepada l.c.wei.

Bagi aku kemenangan l.c.wei baru-baru ini adalah kemenangan yang cukup bergaya bg jaguh badminton negara..ketika kita masih lagi terkial-kial mencari penganti c.wei.. lee chong wei terus mengharumkan nama negara dimata dunia..terutamanya kemenangan keatas seteru utama negara ketika ini iaitu china.

Datuk Lee Chong Wei dilihat selalu menjadi pertaruhan rakyat Malaysia ketika menharungi sesuatu kejohanan besar..beliau dianggap seorang yang tidak memlih kejohanan dan selalunya tidak mengecewakan peminat-peminat negara walaupun sedang mengalami krisis kejurulatihan ketika ketiadaan datuk misbun sidek..namun l.c.wei masih lagi mampu menunjukkan kepantasan dalam permainan beliau.

Moga-Moga masih ada pemain negara seperti Datuk Lee Chong Wei.........

Saturday, 19 March 2011

Biar Patah Sayap Rajawali Bertongkatkan Paruh akan Ku Daki

Biar Patah Sayap Rajawali

Dalam perjuangan pengorbanan adalah satu kemestian..kerana perjuangan itu bukan bernalurikan materialistik,tetapi pengorbanan itu adalah satu perkara yang agak sukar dilakukan oleh seseorang..,mahu tidak mahu haruslah dirempuh agar menjadi satu pemangking kejayaan. kadang-kadang kita cepat berada diatas & kadang-kadang kita jatuh kerana terbang terlalu tinggi tampa memikirkan impak cuaca. itula adat orang berjuang..umpama roda yang berputar..., namun saudara-saudari jangan la masalah itu dijadikan alasan untuk kita terus berjuang...patahnya sayap rajawali mungkin boleh diubati,namun jika patahnya hati kerana putus asa mungkin kita jatuh...

Bertongkatkan Paruh Akan Ku Daki

dalam perjuangan juga saudara-saudari kita amat memerlukan sokongan & dorongan..,ada pejuang yang mempunyai semangat yang kental berjuang seorang diri untuk mencari keadilan & kebenaran..,namun sifat manusia itu lemah dan selalunya memerlukan bantuan dan sokongan..,kata orang bersatu kita teguh bercerai kita roboh.,sebatang lidi mudah dipatahkan segengam lidi cuba laa kalau berani.., sokongan yang dimaksudkan mungkin dari segi tenaga fizikal & mungkin sokongan moral.,

Sebab itu,jika patah sayap rajawali, paruh pun akan dijadikan alat untuk terus berjuang...bayangkan ketika itu sedang bersemangat berjuang tiba-tiba kita hampir-hampir tewas kerana ramai penyokong kita tidak lagi bersama, mungkin saudara-saudara kita sudah gugur di medan perjuangan namun semangat kita itu kadang kala mengatasi segala-galanya..sikap tidak berputus asa dan tidak mudah mengalah kental jiwanya itu mendorong jiwa-jiwa ini terus berjuang..dan naluriku mengatakan bahawa aku yakin sekiranya ada jiwa-jiwa seperti ini di negara Malaysia ini., maka Hebat Islam,hebatlah bangsa melayu..dan majulah Malaysia.........!

Wednesday, 16 March 2011

Di Lema Bah Tsunami Jepun

Salam Serantau.....
Jepun merupakan sebuah negara yang cukup gah dengan pembangunan teknologinya yang cukup hebat..manakan tidak Jepun amat disegani dalam era perlumbaan teknologi ketika ini...dulu Jepun sangat berbangga dengan kecanggihan teknologi yg ckup fleksibel dalam fungsinya yang menyerap sebarang musibah gempa bumi & gunung berapi..

Tetapi negara matahari terbit ini terlupa tentang bencana lain yang turut tersenarai dalam katogeri yang amat berbahaya...iaitu "TSUNAMI"...,keegoan jepun yang tersungkur dek hanya satu bah air yg mengulung yang menggelami sebahagian jepun...manakan tidak terkejut masyarakat dunia kejadia ini adalah antara gempa yang terkuat dialami sejak 1000 tahun dahulu...

Gempa sekuat 8.9 skala richter telah mengorbankan hampir 1000 lebih jiwa & telah kerugian berbilion2 dollar...walaupun ianya tidak sehebat tsunami 26.dic.2004 ,tsunami kali ini sudah cukup mendatangkan gerun kepada masyarakat dunia.

Saya berpendapat salah satu tanda-tanda akhir zaman telah hampir muncul...salah satunya matahari tidak lagi terbit dr timur..jepun dr negara tertimur...dan satu kemusnahan telah berlaku disitu...

ermmmmm kita kembali soal di lema jepun itu..,jepun merupakan sebuah negara dagang yg cukup besar kepada sesebuah negara yg ada di dunia ini...jepun antara mendemonasi industri dunia..apabila berlakunya musibah ini ramai negara panas punggung menunggu situasi semasa jepun..antaranya Malaysia & negara dagang lain...

Tetapi ada satu perkara yang semakin dilupai oleh masyarakat dunia...Malaysia adalah merupakan salah sebuah negara yang sedang giat dalam pembangunan industri yang hampir menyamai negara jepun..dan tidaklah keterlalauan jika dikatakan bahawa Malaysia adalah hab industri jepun...bukan niat untuk mengambil kesempatan..tetapi ini adalah peluang Malaysia untuk menjadi gergasi Asia mahupun dunia dalam hab perindustrian dunia..

Namun begitu masih banyak perkara yang seharusnya diteliti oleh negara sebelum sebarang keputusan yang rasional dilakukan...

Melayu yang Tidak Bersyukur

Bila dikenangkan kembali nasib melayu tika ini amat mendukacitakan hati...manakan tidak dikala gesaan Tun Mahathir bahawa org melayu patut membuang sikap kebergantungan kpd "tongkat-tongkat sakti" masih ramai org melayu yg melatah & melenting tidak tentu pasal...apa yang saya fahami tongkat yg dimaksudkan oleh Tun itu adalah bukan bermaksud untuk membuang terus apa yg telah dihak kan kpd org melayu,tetapi ada lah sekadar untuk membuang sikap orang melayu yang terlampau bergantung dengan bantuan kerajaan semata-mata..shubungan dengan itu juga.,melayu seharusnya belajar dari masyarakat @ kaum lain yang terus-menerus memperjuangkan masa depan mereka dengan usaha mereka sendiri..dan boleh dikatakan apa yang kita lihat pada hari ini adalah semuanya atas usaha mereka sendiri..lihatlah kaum cina yang hebat dari segi ekonominya..kaum india yang hebat dari segi inteleknya...dan kalau kita lihat ranking terkini individu paling kaya di Malysia masih lagi didemonasi oleh kaum-kaum tertentu sahaja..,

Tetapi orang melayu masih lagi tidak bersyukur dengan apa yang diberikan oleh kerajaan...

wahai oarang melayu...
tidakkah engkau masih ingat, ketika kamu masih lagi didalam kandungan siapakah yang memberi rawatan susulan untuk memastikan kamu sihat & seterusnya sehingga kamu dilahirkan..diatas bantuan apa kah kamu diberikan..bukankah itu dari kerajaan sekarang.

wahai orang melayu...
tidakkah engkau ingat ,disaat kamu diberikan pendidikan., siapakah yang menyediakan insfrastruktur untuk kamu berteduh dari hujan & panas,siapakah yang memberikan kamu buku teks percuma..? siapakah yang memberikan biasiswa kepada kau..? siapakah yang menyediakan PtPTN sehingga kamu berjaya seterusnya mendapat peluang pekerjaan yang begitu luas sehingga warga asing pun datang menadah rezeki kesini..adakah bukan kerajaan sekarang...

wahai oarang melayu..
tidakkah engkau ingat.? benda yang serupa dialami oleh anak cucu mu ini juga sama apa yg dilalui oleh kamu sekarang..,tidakkah kamu mahu bersyukur lagi kepada Allah S.W.T yg menganugerahkan sebuah kerajaan seperti ini kepada kamu...?

Memang benar..apa yang kita nikmati sekarang adalah semuanya datang dari Allah S.W.T.., tetapi pintu rezekiNYA itu amat luas & salah satunya adalah mungkin di salurkan kepada kerajaan yg sedia ada untuk kesejahteraan ummat islam & melayu yang ada di Bumi Malaysia Sekarang..,

Apa yang amat menyedihkan adalah masih ramai orang melayu yang menikmati apa yg diberikan kerajaan sehingga dewasa tapi hari ini menentang sekes-kerasnya kerajaan..dan ada yang sanggup menabur fitnah..,menjadi pengampu untuk mendapatkan jawatan, bermacam2 kaedah dilakukan untuk mengulingkan kerajaan yg sedia ada....wahai orang melayu..bersyukurlaa kamu......