Syaril Sayang Kamu

My photo
MARANG, TERENGGANU, Malaysia
SIMPLE... SUKA BENDA2 YG KLAKAR... NAK BABY...haha RAMAI KWN2... SUKA SEMUA JNIS SUKAN... suka memancing gak.. bab mkn semua bedal..

Saturday, 19 March 2011

Biar Patah Sayap Rajawali Bertongkatkan Paruh akan Ku Daki

Biar Patah Sayap Rajawali

Dalam perjuangan pengorbanan adalah satu kemestian..kerana perjuangan itu bukan bernalurikan materialistik,tetapi pengorbanan itu adalah satu perkara yang agak sukar dilakukan oleh seseorang..,mahu tidak mahu haruslah dirempuh agar menjadi satu pemangking kejayaan. kadang-kadang kita cepat berada diatas & kadang-kadang kita jatuh kerana terbang terlalu tinggi tampa memikirkan impak cuaca. itula adat orang berjuang..umpama roda yang berputar..., namun saudara-saudari jangan la masalah itu dijadikan alasan untuk kita terus berjuang...patahnya sayap rajawali mungkin boleh diubati,namun jika patahnya hati kerana putus asa mungkin kita jatuh...

Bertongkatkan Paruh Akan Ku Daki

dalam perjuangan juga saudara-saudari kita amat memerlukan sokongan & dorongan..,ada pejuang yang mempunyai semangat yang kental berjuang seorang diri untuk mencari keadilan & kebenaran..,namun sifat manusia itu lemah dan selalunya memerlukan bantuan dan sokongan..,kata orang bersatu kita teguh bercerai kita roboh.,sebatang lidi mudah dipatahkan segengam lidi cuba laa kalau berani.., sokongan yang dimaksudkan mungkin dari segi tenaga fizikal & mungkin sokongan moral.,

Sebab itu,jika patah sayap rajawali, paruh pun akan dijadikan alat untuk terus berjuang...bayangkan ketika itu sedang bersemangat berjuang tiba-tiba kita hampir-hampir tewas kerana ramai penyokong kita tidak lagi bersama, mungkin saudara-saudara kita sudah gugur di medan perjuangan namun semangat kita itu kadang kala mengatasi segala-galanya..sikap tidak berputus asa dan tidak mudah mengalah kental jiwanya itu mendorong jiwa-jiwa ini terus berjuang..dan naluriku mengatakan bahawa aku yakin sekiranya ada jiwa-jiwa seperti ini di negara Malaysia ini., maka Hebat Islam,hebatlah bangsa melayu..dan majulah Malaysia.........!

No comments: