
Perkenalan dunia melastik burung aku adalah ketika zaman persekolahan dahulu. Pernah dirotan,dibebel & macam-macam dek kerana hobi melastik zaman-zaman kanak-kanak. Aku pernah dikejar orang kampong kerana atap rumah diorang bocor dek penangan lastik aku. Hahahahahahaaha
Namun apakan daya,itu la kata orang zaman kanak-kanak mengenali alam. Setiap benda yang mendatangkan keseronokan aku akan jadikanya hobi ..hikhik.. bab kata orang setiap benda yang aku jumpa depan mata aku kira nak lastik je..
Satu hari apabila aku tengah syok main-main,aku lihat seorang mamat senor kat kg aku ni kira pro la bab-bab melastik. Aku tengok macam mn dia pnjat pokok yang hampir 30 kaki untuk mendapatkan satu cabang yang cantik punya untuk dijadikan lastik. Lpas dari itu aku mula brjinak-jinak..hehe..tapi aku ni low profile sikit aku hanya kebas cabang kat belakang umah lama aku tu je. Bukan main lagi setiap aku lastik kira kena je..sampaikan satu tahap lastik yang aku buat tu pernah di curi oleh anak jiran aku..ish..,ish..ish..
Tiap –tiap hari aku akan plan ngan geng aku untuk kemana-mana sahaja asalkan mendapat kepuasan dalam dunia tagged shooter aku..hahahaha ala ala snipper..hehehe.tapi yang hebatnya peluru aku ketika itu adalah batu-batu kerikir yang ayah aku buat konkrit rumah & kutip tepi-tepi jalan muatkan dalam poket aku..kadang aik-adik junior dibuli untuk kutip apa2 yang boleh dijadikan peluru..hahaha
penuh poket beb bila time mak aku mesin pakaian akan berbunyila irama-irama batu kerikir dalam mesin. Dan ketika itulah ibuku turut menyanyi mengikut rentak batu itu dengan cukup merdu nyaring..syarilllllllllllllllllllllllllllllllllllllll ni batu buat goreng pun sodapppp makan nasi tengahari….
Satu ketika aku tengah syok menyelinap dalam semak tiba-tiba sahabat aku bertempit burunguunnnggggggggggggggggggg….tampa isyarat aku bertiga pantas melepaskan peluru yang bertalu-talu kearah burung goggup yang hidup di bahagian bawah semak. Selepas itu aku sempat memeriksa keadaan burung itu..alangkah terkejutnya aku apabila aku dapat lihat betapa parahnya keadaan seekor burung yang tak berdosa itu..salah satu peluru sebesar ibu jari itu termasuk dalam tenggkorak mata burung tersebut. Ketika itulah aku mula menginsaf perbuatanku.
Tapi kisah yang paling takkan aku dapat lupakan apabila ketika sedang menguji lastik baru bersama sahabat-sahabat ketika itu adalah apabila aku melastik sebatang dahan pokok dengan tepatnya..tetapi malam tidak berbau apabila tiba-tiba batu itu tempias melantung balik dan terkena alat sulit sahabat aku.tiba-tiba je sahabat aku tu terduduk memegang alat sulitnya.
Aku mula tak sedap hati.aku terus je cuba menenangkanya. Dan membawa dia pulang. Selang 1 hari adik sahabat aku memberitahu bahawa alat sulitnya telah bengkak. Tapi Allhamdulillah tahun lepas sahabatku itu telah menimng cahaya mata. Itu tandanya dia masih normal…hahahahahahahahahahahah

1 comment:
hahaha..teringat plak aku time zaman melastik dulu.haha..mmg best kn..masuk dalam semak, dalam hutan cari burung untuk dilastik, kenenye tak pun..axtion je lebih..haha
Score A Hebat!!
Post a Comment