Syaril Sayang Kamu

My photo
MARANG, TERENGGANU, Malaysia
SIMPLE... SUKA BENDA2 YG KLAKAR... NAK BABY...haha RAMAI KWN2... SUKA SEMUA JNIS SUKAN... suka memancing gak.. bab mkn semua bedal..

Saturday, 23 April 2011

Air & kacang Dalam Stadium

Salammm ,diam x diam kita dah berada di akhir bulan april. Huhu sungguh pantas masa berlalu. Namun jangan kita lupa kepantasan masa itu hanyala satu ujian Allah yang ingin melihat ketamadunan manusia.

Di Malaysia dalam calendar sukan tanah air Negara ketika ini sedang berlangsungnya kerancakkan Liga Super Malaysia. Wow..wow..wow..aku salah seorang peminatnya..huhu..lagi menyemarakan semangat aku apabila My Team Terengganu sedang meningkat naik ke tangga 2 liga belakang Selangor dengan hanya kelebihan 2 mata sahaja. Sungguh rancak laaa..

Semalam aku berkesempatan melihat perlawanan antara Terengganu VS Perak.agak menarik perlawanan tersebut. Aku sempat pergi bersama-sama seorang lagi sahabatku yang sanggup balik dari putrajaya semata-mata ingin melihat perlawanan tersebut.

Tengah syok duk tengok aku sempat melihat keghairahan penyokong yang cukup khusyuk melihat perlawanan. Manakan tidak pemain yang terlibat bukan calang2..ada dikalangan mereka adalah pemai kebangsaan pun ada. Perlawanan yang tidak membosankan langsung.

Disebalik kemeriahan perlawanan tersebut aku sempat melihat bagaiamana gelagat beberapa orang penjaja yang sedang sibuk berniaga air & kacang. Huhu kadang2 agak kelakar dengan telatahnya. Aku sempat pow secawan air..maklum lerr tekak kering dek kerana sorakan tu..hahaha Errmmm tapi yang paling mencuit hatiku apabila aku melihat beberapa ANAK MELAYU yang masih kecil diajar berniaga dengan berbekalkan senyuman malu-malu kucing & bakul kecil yang penuh dengan air & kacang.

Hatiku mula terdetik apabila melihat gelagat adik-adik kecil ini. Bukan persoalan penyalahgunaan tenaga kanak-kanak..aku bukanya suhakam atau dari agensi hak asasi manusia. Tapi terdetik melihat sekecil-kecil itu mereka telah dilatih untuk berniaga. Dan aku sanggup berkatakan bahawa sekiranya mereka terus-menerus berniaga sedemikian rupa tanpa rasa segan dan malu aku percaya suatu masa nanti mereka akan Berjaya kelak..insyallah.

Ini laa yang kita mahukan dari sikap orang melayu. Kita tidak mahu orang melayu yang dikatakan layu yang hanya pandai memilih perkerjaan. Dan terus-menerus membebankan ibu bapa sendiri.

WAHAI ANAK MELAYU.BANGKIT LA KAMU..BANGKIT LAA KAMU ..BANGKIT LAA KAMU..AGAR AGAMA & BANGSAMU TERUS MAJU DANG AH DI SELURUH DUNIA..JANGAN LAA KAMU MENJADI SEPERTI SEEKOR LALAT YANG SENTIASA MEMBAWA KEKOTORAN WALAU KEMANA SAJA DIA PERGI..JADILA SEEKOR LEBAH YANG SENTIASA MEMBAWA PULANG MADU YANG DAPAT DIGUNAKAN SEBAGAI PENAWAR UNTUK SELURUH UMMAAAAAAATTTTTTTTT.

Wah wah bersemangat ni..Cuma aku nak katakan kat sini Terengganu Menang dengan perak 3-0.. hikhikhik aku & geng balik dengan kepuasan. Kalau kalah mesti diorang balik dengan penuh mai-makian..ayooo…salammmmm

No comments: