Setiapnya diutuskan seorang rasul untuk memberi petunjuk. Dalam konteks ummah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di Madinah, ia tidak sahaja terhad kepada umat Islam sahaja tetapi juga termasuk umat bukan Islam seperti Yahudi yang berada di Madinah. Mereka dikeluarkan dari kota Madinah dan sekaligus terkeluar dari lingkungan ummah Nabi Muhammad s.a.w apabila mereka enggan mematuhi piagam Madinah.
Piagam Madinah / Perjanjian politik :
- Diperkenalkan untuk tujuan menyatupadukan masyarakat Madinah yang majmuk.
- Kandungan Piagam ini mencatatkan hak dan tanggunjawab pemerintah dengan golongan yang diperintah, tanggungjawab orang Islam sesama Islam, Orang Islam dengan orang bukan Islam, tanggungjawab terhadap terhadap negara Madinah, hak orang-orang bukan Islam.
Menyatupadukan Aus dan Khazraj :
- Bertujuan menamatkan permusuhan tradisi.
- Golongan ini sudah lama bermusuhan di Madinah kerana kegiatan orang Yahudi yang sering melaga-lagakan golongan ini untuk kepentingan mereka.
Dan apabila kita melihat sebahagian Piagam Madinah tersebut ada menyebut tentang penyatuan masyarakat ummah di Madinah. sekiranya kita lihat peristiwa ini dengan lebih mendalam kita akan menemui antara tujuan Piagam Madinah ini diperkenalkan adalah untuk menyatupadukan Aus & Khazraj. dimana mereka sudah lama bermusuhan akibat dilaga-lagakan oleh kaum yahudi yang dilaknat oleh Allah ini.
peumpamaanya cukup mudah sekali. kita melihat senario masyarakat malaysia ketika ini terutamanya dalam politik yang disertai sebahagian besar ummah di malaysia. ada Pas ,Umno,PKR ,DAp dan mcm2 parti yang bermatlamatkan merebut kuasa pemerintahan negara.
saya melihat Umno dan Pas seumpama Aus & Khazraj yang sentiasa bermusuhan dalam pelbagai aspek.. sehinggakan mereka ini telah membelah dua masyarakat melayu yang beragama islam dalam jumlah yang cukup ramai.. ini menunjukkan satu pecahan ummah di Malaysia.
agak keterlaluan sekiranya saya menyatakan mereka ini adalah dalam kerugian. saya juga melihat parti seumpama DAP seumpama yahudi pada zaman madinah. yang selalu mengapi-apikan dua parti ini. sekiranya benar berlakunya sedemikian rupa saya menharapkan mereka ini memilih jalan yang cukup mudah untuk kepentingan ummah melayu dan islam di Malaysia..iaitu
PAS PERLU MENYAMBUT SERUAN TANGAN PERPADUAN DARI UMNO...
BUANG SEDIKIT EGOMU WAHAI PEMIMPIN PAS..DEMI ANAK BANGSA SEAGAMA & SENEGARA DENGAN MU INI..
sepatutnya golongan pemimpin PAS lebih memahami tuntutan agama dalam penyatuan ummah.kerana mereka dikatakan lebih mengetahui tentang islam..kerana mereka pernah berkata parti mereka adalah parti yang berpaksikan islam...
moga-moga kita sebahagian ummah yang akan terus hidup sejahtera di bumi yang indah..MALAYSIAKU..

No comments:
Post a Comment