Syaril Sayang Kamu

My photo
MARANG, TERENGGANU, Malaysia
SIMPLE... SUKA BENDA2 YG KLAKAR... NAK BABY...haha RAMAI KWN2... SUKA SEMUA JNIS SUKAN... suka memancing gak.. bab mkn semua bedal..

Monday, 18 April 2011

SOALAN TERBAIK

Mereka bertanya kepada ku
Masakan melayu terbaik?
Aku jawab…. al Quran.

Mereka bertanya kepada ku
Masakan melayu terbaharu dan terkini?
Aku jawab ….. al Quran.

Mereka bertanya kepada ku
Makanan kesihatan tradisional dan ubat-ubatan moden paling baik?
Aku jawab …. al Quran.
Mereka bertanya kepada ku
Sajak, puisi, novel dan kitab terbaik?
Aku jawab ….. al Quran.

Dan sekarang..
Semuanya sepi
Sudah tiada soalan!
Mereka sudah enggan bertanya kepada ku
Mereka sudah enggan berkawan dengan ku lagi
Mereka sudah lari jauh dari ku!

Dan aku maseh terus menjawab
al Quran..!
al Quran…!
al Quran…!

Anak Bangsaku Ini

Anak2ku sudah tidak cenderung lagi kepada agama mereka!
Anak2ku sudah semakin terpengaruh dengan budaya barat.
Mereka sudah hilang minat dan kecenderungan terhadap budaya islam mereka sendiri!

Anak2ku lebih minat kepada corak pemikiran barat dan gaya hidup ala barat!
Aku tidak dapat berbuat apa2!

Aku risaukan tentang keimanan mereka!
Aku risaukan tentang jati diri mereka sebagai umat islam!
Dan aku sudah semakin tidak berdaya untuk menasihati mereka!
Puas sudah aku mendidik dan menasihati mereka agar cenderung kepada budaya islam mereka sendiri....namun mereka tidak ambil peduli!

Keadaan social di BARAT ....cukup kuat mempengaruhi diri mereka.
Pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan sudah menjadi satu perkara biasa kepada mereka.
Mereka sudah mulai memandang ringan kewajipan agama mereka!
Yang penting bagi mereka ialah berusaha untuk berjaya dan mewah hidup didunia ini!
Yang penting bagi mereka ialah berjaya dan kaya didalam hidup ini!

Mereka sudah mulai berfikiran kebendaan dan bermata duitan!
Itulah kecenderungan utama dihati dan jiwa mereka!
Dan itulah anak2ku!....
Dan aku sudah semakin tidak berdaya untuk menasihati mereka!

Aku & Laut China Selatan


Kalau jadi anak jati Terengganu ini kalau mabuk laut tu bukan pioorrrrr Terengganu laa tu kata orang. Sebab pe tau Terengganu memang salah sebuah negeri panti timur yang amat popular dengan destinasi perlancongan yang berasaskan pulau-pulau ,pantai & laut yang bersih,makanannya yang popular,yela mana orang yang kat Malaysia ni yang tak pernah menikmati keropok lekor,nasi dagang n dll.

Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal makan-makan tapi cerita pasal isi laut pantai timur ni yang kaya dengan emas hidupnya(kehidupan lautnya).dari kecil lagi sedikit sebanyak aku telah dibesarkan dengan kehidupan pantai & laut. Ayah aku dulu seorang nelayan da pernah memiliki bot untuk kelaut.tetapi akibat kekangan hasil laut yang kurang memberangsangkan kini bot itu telah dijual kepada seseorang. Dan ayah sekarang telah bergiat dalam bidang perniagaan pula.

Tapi minat ayah aku tak berkubur begitu saja, kerana ayah aku masih lagi memiliki sebuah bot faber & enjin berkuda yang masih pantas berlari atas air..hikhik enjin & feber tu aku nak pow, huahua kalau-kalau masa terluang & cuaca bereh. Boleh je gi laying sorang-sorang

Aku memang dibesarkan dipersisiran pantai marang Terengganu. Aku pernah hidup di perkampungan melayu yang aktivit utama diorang adalah berasaskan hasil laut. Dari tak kenal mata kail sekarang sedikit sebanyak kenal laa serba sedikit. nak kata expert cehhh, over laa tuu.. tapi korang tak la sampai boleh kencing aku bab-bab laut ni.



Semasa kecil2 ayah aku ni selalu bawak aku & adik lelaki aku ke pantai untuk memancing dan menjala ikan ketika waktu terluang. Tu waktu kecil tapi bila dah besor ni pi sndiri laa. Ayah aku ni punya la tengok minat anak-anak dia suka memancing dia dah belikan aku & adik aku ketika itu satu set jorang. Punya la gembira.yela dikala member aku masih lagi gunakan seret plastic aku dah up naik sikit guna jorang mesin..poyo laa waktu selambe jee naikan ikan…hahahaha. Lama kelamaan set jorang aku & adik aku mula menjadi perhatian beberapa individu yang telah meminjamnya dari aku..punya la tolol mamat tu pandai pinjam hantar tak lansung last-last sekali aku jumpa set jorang aku tu hancue beb..punya la hot aku waktu tu. Satu guni aku membebel.

Itu dulu,tapi kini aku sudah agak matang dalam menjiwai dunia memancing. Aku tidak lagi suka-suka meminjamkan set jorang aku pada orang lain. Ko menangis air mata darah pun aku takkan bagi. Lantaklaa ingat senang ke nak dapat. Lagikan hasil titik peluh ayah aku bagi kat aku tu pun dah ko hancurkan.

Sekarang hobi aku tu macam terbatas sikit, maklumlah sekarang dah bekerja,beristeri & ada cahaya mata sukar sikit penggerakkan..buka boleh tinggal gitu je kan.sekali-sekala tak pela..huhu.apa-apa pun sape-sape nak ajak aku pi making boleh je..aku boleh bawakkan korang semua kat lubuk ikan yang baik punya.


Saturday, 9 April 2011

Melayu Di Mata Penyair Ulung

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua´alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Sunday, 27 March 2011

32 Perkara Rahsia Israel

1. Selain bangsa yahudi, dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel?

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir keluar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel mesti guna kendaraan dengan cat dan warna khusus untuk membedakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?

4. Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat international khususnya barat dan AS sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian dari Israel? Mereka akui itu.

5. Israel mengkhaskan 85% air bersih hanya untuk kaum yahudi dan membahagikan 15% bakinya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memiliki 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara hanya15% kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?

6. AS memperuntukkan 5 juta US$ dari hasil cukainya setiap tahun untuk menyumbang kapada Israel?

7. AS terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 juta US$ setiap tahun? Jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan AS kepada seluruh negara di benua benua Afrika?

8. Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 juta US$ dari AS terdiri dari pesawat tempur F 16, Apache dan Blackhawk? Kerana AS merupakan Negara utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua keutamaan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.

9. Pemerintah AS telah menekan Konggres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

10. Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pengembangan senjata nuklear? Juga menolak Kumpulan penyiasat PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?

11. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, Israel sudah memiliki kilang mengembangankan senjata nuklear?

12. Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Perang mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?

13. Israel telah meledakkan tempat kediaman Diplomat AS dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan international pada tahun 1967? Walaupun serangan itu mengorbankan 33 tentera AS dan mencederakan 177 lainnya, tetapi AS sama sekali tidak mengambil apapun tindakan balas terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentara Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

14. Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah resolusi. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh AS?

15. Pemerintah Israel menggunakan sistem politik pemuliharaan terhadap identiti yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?

16. Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai tertuduh dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang mengorbankan lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?

17. Pada 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh buruh Palestin yang sedang menunggu bus di sebuah halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarak setengah meter? Bahkan pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?

18. Sampai tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh tampal keterangan peluang kerja dengan perkataan: “peluang kerja hanya untuk kaum yahudi sahaja”, “dikehendaki seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”?

19. Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media AS untuk mewujudkan imej positif Israel kepada masyarakat AS dan Eropah?

20. Sharon pernah mengajak Parti Radikal Molodeit untuk menjadi tunjang utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu berideologi radikal dengan persepsi asas untuk membersihkan Israel dari bukan bangsa yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?

21. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa Arab dari Israel?

22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pendukung Parti Syas (partai terbesar ketiga di Israel) menyokong tindakan tentera Israel untuk menghapuskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

Iaitu, “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga Arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabis dan menghancurkan tanahnya, serta Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Sebab itu dilarang semua bangsa yahudi untuk menyimpan rasa kasih sayang kepada warga Arab. Serta wajib bagi setiap yahudi untuk menembak peluru berpandu dan senjatanya ke arah dada atau kepala setiap warga Arab untuk menghapusnya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk..”

23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin adalah terbesar di dunia?

24. Tahukah anda bahwa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin Muslim untuk melawan penjajah yahudi?

25. Walaupun Mahkamah Agung Israel sudah mengeluarkan keputusan larangan penyiksaan dalam proses perbicaraan, tetapi Shinbet (Badan Perisik Israel) tetap terus menyiksa setiap pejuang Palestin dalam proses perbicaraan.

26. Tahukah bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosak seluruh sarana dan prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doctor (S3)? Hal ini dapat dilihat dari jumlah peratusan penduduknya.

27. Setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang Hak Asasi Manusia international yang diterbitkan pada10 Desember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? Kerana dihalangi dengan tandatangan kesepatakan OSLO?

28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan menjangkakan?

29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konsvensyen Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin.

30. Perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembaki rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan adalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelarian?

31. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara perkauman dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau pimpin?

Wednesday, 23 March 2011

Selamatkan Malaysia

YaAllah yg tuhanku selamatkan Malaysiaku ini..moga-moga hamba-hambamu yang berada di bumi bertuah ini sentiasa berada dibawah perlindungan,keredhaan,& kesejahteraan mu.

Tuan-tuan sekalian setiap perkara yang baik kita hendaklah menerimanya dengan hati yang sentiasa bersyukur dengan Allah & perkara yang murka itu hendaklah kita jauhi sejauhnya dari diri kita agar kita selamat dari kemurkaan Allah S.W.T, jaganlah kita menjadi seorang yang kufur dengan nikmatnya.

Aku memohon kepada rakyat Malaysia amnya..supaya menjauhi sebarang bunga-bunga fitnah yang semakin berleluasa di Malaysia sekarang. salah satu petanda kiamat akan tiba adalah berleluasanya fitnah. namun mahu tak mahu kita sebagai ummat islam disebuah negara yang betuah ini perlu bijak memilih perkara yang baik untuk dijadikan tauladan. sebagai ummat yang dianggap profesional perkara-perkara berunsur fitnah itu perlu diselidiki kebenarannya agar ianya tidak memakan diri kita.

Aku ingin mengajak saudara-saudari sekalian bersama-sama berfikir bagaimana kita perlu bersepakat menjauhi perkara-perkara yang terlaknat ini.. kita sedia maklum pelbagai perkara-perkara yang melanda negara kita pada hari ini masih tergantung kebenaranya. kadang-kadang sesuatu perkara itu mengelirukan rakyat...

sebagai contohnya., ramai orang yang dianggap ulama-ulama oleh para pengikutnya telah mengeluarkan pelbagai fatwa-fatwa yang bagi diriku amat mengelirukan. dan kita sebagai ummat yang bijak harus menilai fatwa-fatwa tersebut dengan memperbanyakkan rujukan dengan ulama-ulama atau ilmuan islam yang lain agar ianya tidak terkeluar dari landasan hukum agama.

ramai pemimpin yang mengidamkan kuasa pula menggunakan unsur-unsur fitnah untuk mempengaruhi orang lain agar menyokong diri mereka sebagai umpan untuk mengelirukan rakyat.

Kita sebagai rakyat sedia maklum negara kita mempunyai undang-undang yang termaktub didalam perlembagaan disamping pegangan kita terhadap Al-quran & Sunnah Rasulullah.

sehubungan dengan itu seharusnya kita menyerahkan segala perkara yang masih lagi tergantung atau sedang dibicarakan di makhamah contohnya disahihkan menlalui pengadilan. sehubungan dengan itu uga sebagai rakyat yang berpegang teguh kepada agama islam kita seharusnya merujuk setiap perkara itu berlandaskan agama.

Tuesday, 22 March 2011

Keegoaan SuperLin Dan Akhirnya Tersungkur Di Raket Super Lee Chong wei

Salam sukan untuk semua..,

Bila difikirkan kembali peristiwa di England baru-baru ni adalah satu kejutan untuk rakyat malaysia...apakan tidak bukan tugas yang sukar bagi seorang pemain badminton tempatan untuk mengalahkan jagoan dunia seperti Lin Dan..,

Lin Dan sentiasa bermain psikologi ketika menentang L.C.Wei...walaupun chong wei merupakan pemain No 1 dunia..namun kita harus ingat bahawa lin dan merupakan sorang pemain yang cukup sempurna dalam dunia badminton...lindan merupakan seorang pemain yang cukup memilih dalam kejohanan yang disertainya..beliau hanya memilih kejohanan yang menawarkan jumlah ganjaran yang cukup lumayan dan sentiasa mengimpikan untuk mengalahkan jaguh-jaguh dunia..,beliau juga langsung tidak menghiraukan status ranking beliau..malahan sanggup tidak bermain untuk menumpukan kejohanan-kejohanan tertentu sahaja. Dan beliau juga merupakan seorang yang suka mengusik l.c.wei..ingatkah anda ketika separuh akhir piala thomas di malaysia dahulu..bagaimana keegoaan beliau ketika menewaskan l.c.wei..?

namun kini akhirnya beliau tewas dikaki l.c.wei dan setelah berakhirnya kejohanan All England baru-baru ini satu riak wajah yang sukar dilihat pada lin dan..beliau kelihatan agak kecewa dan tidak berpuas hati terhadap kekalahan beliau kepada l.c.wei.

Bagi aku kemenangan l.c.wei baru-baru ini adalah kemenangan yang cukup bergaya bg jaguh badminton negara..ketika kita masih lagi terkial-kial mencari penganti c.wei.. lee chong wei terus mengharumkan nama negara dimata dunia..terutamanya kemenangan keatas seteru utama negara ketika ini iaitu china.

Datuk Lee Chong Wei dilihat selalu menjadi pertaruhan rakyat Malaysia ketika menharungi sesuatu kejohanan besar..beliau dianggap seorang yang tidak memlih kejohanan dan selalunya tidak mengecewakan peminat-peminat negara walaupun sedang mengalami krisis kejurulatihan ketika ketiadaan datuk misbun sidek..namun l.c.wei masih lagi mampu menunjukkan kepantasan dalam permainan beliau.

Moga-Moga masih ada pemain negara seperti Datuk Lee Chong Wei.........